Thursday, April 28, 2011

KAU ISTIMEWA (Kisah Rasulullah S.A.W.)




‎"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari khiamat dan dia banyak menyebut nama Allah."


(SURAH AL-AHZAB 33:21)






sumber : 
 http://www.youtube.com/watch?v=qCSPOsImY0Q&feature=related 

Apa ada pada solat?



Dalam solat ada sepuluh perkara.

1) Dalam solat ada membesarkan Allah

Setiap bacaan solat adalah untuk membesarkan Allah. Ia bermula dengan takbirarul ihram lagi. Kita lafazkan bahawa Allah yang maha agong dan maha besar.

Jika orang membesarkan Allah, dia akan menjadi mausia yang mengaggap kecil pada dunia. Dan jika seseorang itu telah mengaggap kecil pada dunia, maka dia tidak akan takut dan gentar pada urusan dunia.

2) dalam solat ada meminta petunjuk

Petunjuk jalan yang lurus bukan sahaja dalam bab agama, tetapi dalam setiap keputusan hidup kita. Allah letakkan doa itu di dalam surah al-Fatihah iaitu “Ihdinas Siratal Mustaqim”.

3) dalam solat ada minta ampun pada dosa.

Allah letakkan bacaannya di dalam duduk antara dua sujud. “Rabbigfirli…… (ampunkan aku)

4) dalam solat ada minta kasih sayang dari Allah

Allah letakkan bacaannya di dalam duduk antara dua sujud “warhamni…. (kasihanilah aku )

5) dalam solat ada meminta cukup bagi keperluan kita

Allah letakkan bacaannya di dalam duduk antara dua sujud “wajburni… (cukupkan aku..)

6) dalam solat ada minta kemuliaan

Allah letakkan bacaannya di dalam duduk antara dua sujud “warfa’ni…(angkatlah darjat aku…)

7) dalam solat ada minta rezki

Allah letakkan bacaannya di dalam duduk antara dua sujud. “warzjukni….( rezkikanlah aku…)

8) dalam solat ada minta kesihatan.

Allah letakkan bacaannya di dalam duduk antara dua sujud “wa’aafini,,” (afiatkan aku…)

9) dalam solat ada ucapan syahadah

Ia sebagai mengingatkan perjanjian kita pada dua syahadah iaitu penyaksian bahawa tiada yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhamad itu adalah pesuruh Allah. Ia diletakkan dalam tahyat awal dan tahyat akhir

10) dalam solat ada selawat pada Nabi SAW

Nabi mengatakan bahawa, barangsiapa berselawat pada ku sekali, pasti Allah akan berselawat dan memberikan keselamatan padanya 10 kali. Allah letakkan selawat ini di dalam tahyat awal dan tahyat akhir.

Maha suci Allah yang menganugerahkan pada kita solat dan kebaikan solat itu kembali pada kita. Jika manusia tidak bersolat, ia tidak sekali-kali mengurangkan kebesaran dan keagongan Allah bahkan akan berlakulah kehinaan terhadap orang tersebut.

Benarlah firman Allah:-

Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman (al-Zariyat ayat 55).

Sesungguhnya ilmu Allah itu sangat luas, semakin kita tahu, sesungguhnya, semakin banyak yang kita tidak tahu.

“Ilmu Pelita Hati”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Tuesday, July 27, 2010

POLEMIK TENTANG KEWUJUDAN TUHAN


Polemik atau persoalan-persoalan dalam membahaskan kewujudan Tuhan menjadi intipati utama dalam antologi pemikiran Islam dan juga beberapa aliran pemikiran besar dunia yang lain. Dewasa ini, memang tidak dinafikan bahawa perdebatan epistemologi agama yang berlaku di antara kaum muslimin dan penganut-penganut agama lain telah mempercepatkan lagi proses lahirnya 'Ilm al'Kalam ataupun lebih dikenali sebagai ilmu Teologi Islam.

 Perbahasan antara Jahm bin Safwan dan kaum Sumaniyyah menjadi titik tolak dalam perkembangan Teologi Islam yang sehingga hari ini masih menjadi rujukan utama pada  masa kini. Bagi yang mengetahui kisah di sebalik perdebatan ini, sememangnya diketahui Jahm mempunyai pendiriannya yang tersendiri dalam menghurai dan membahaskan tentang kewujudan Tuhan meskipun dikatakan bahawa hujah beliau menolak sifat-sifat Tuhan. Tetapi melalui polemik-polemik tajam yang dikemukakan oleh beliau,  lahirnya satu bentuk baru dalam membuktikan kewujudan Tuhan.

Di sini telah dipertontonkan gaya polemik yang berlaku di antara Jahm bin Safwan dengan kaum Sumaniyyah seperti berikut:

Sumaniyyah: kami berjanji jika hujah kami lebih kuat dari hujah kamu, kamu akan memeluk agama kami.
Dan jika sebaliknya, jika hujah kamu lebih kuat , kami akan memeluk agamamu. Mereka berkata: Adakah kamu menyangka bahawa kamu mempercayai Tuhan?
Jahm: Ya.
Sumaniyyah:Adakah kamu melihat mata Tuhan kamu?
Jahm:Tidak
Sumaniyyah:Adakah kamu mendengar percakapanNya?
Jahm:Tidak
Sumaniyyah:Adakah kamu dapat mencium bauanNya?
Jahm: tidak.
Sumaniyyah: Tentu sudah kamu dapat merasaiNya?
Jahm: tidak
Sumaniyyah: Tentu pula kamu dapat menjamahiNya?
Jahm; Tidak
Sumaniyyah: Apakah TUhan membuat kamu mengetahui yang Dia itu Tuhan?

Pabila tiba pada polemik bahagian ini seakan-akan Jahm mengalami kebingungan dengan persoalan-persoalan khas yang ditujukan bagi membuktikan bahawa Tuhan itu sememangnya wujud. Bagaimana harus beliau menjawab pertanyaan tersebut?Lalu muncul satu alternatif yang dikemukakan oleh Jahm bagi mematahkan hujah-hujah yang dikemukakan golongan Sumaniyyah. Beliau lantas telah mencari beberapa soalan-soalan yang sesuai agar ianya mudah diterima akal golongan Sumaniyyah.  Hal ini menyebabkan perdebatan mengenai bukti kewujudan Tuhan semakin berlarutan dengan munculnya pula pertanyaan-pertanyaan baru seperti berikut:
Jahm: Adakah kamu menyangka bahawa kamu mempunyai ruh?
Sumaniyyah: Ya
Jahm: Adakah kamu melihat ruh-ruh kamu?
Sumaniyyah:Tidak.
Jahm: Adakah kemu mendengar percakapannya?
Sumaniyyah: Tidak.
Jahm: Adakah kamu dapati ianya mempunyai rasa?
Sumaniyyah: Tidak.
Jahm: BEgitu juga Allah, zat-Nya tidak dapat dilihat, suaraNya tida dapat didengar, bauNya tidak dapat dicium, tidak dapat dilihat dengan mata.

Melalui polemik yang berlaku di antara Jahm bin Safwan dengan kaum Sumaniyyah ini telah menunjukkan kepada kita bahawa Jahm mempunyai daya pemikiran yang agak kuat iaitu beliau mampu mematahkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh kaum Sumaniyyah dengan menggunakan metodologinya yang dibentuk secara sendirian. Kaum Sumaniyyah pada permulaannya tidak mempercayai kewujudan Tuhan kerana ianya tidak mampu dicapai oleh pancaindera manusia. Melihat kepada situasi ini, dapat dilihat barangkali kaum Sumaniyyah mengamalkan konsep kepercayaan aliran empirisisme yang mana kewujudan Tuhan hanya dapat dibuktikan melalui dpancaindera yang sedia ada pada manusia.

Di sini pentingnya hubungan akal dan Wahyu dalam konteks untuk mengenali Tuhan. Perhubungan akal dan wahyu yang wujud sejak sekian lama telah menjadi satu permasalah kerana wujud pihak-pihak yang menyatakan bahawa akal harus diutamakan dalam menyelami pembuktian kewujudan Tuhan. Teras utama pada hakikatnya dalam membuktikan kewujudan Tuhan adalah melalui perhubungan akal dan wahyu. Makanya haruslah bermula perbahasan mengenai kewujudan Tuhan itu melalui pencarian yang sebenar bagi membuktikan kewujudan Tuhan dan pengamalan konsep pembudayaan ilmu yang jelas dan teratur pada realitinya.

MUHAMMAD ARIFF ASYRUL BIN ADNAN
24 Julai 2010
05:24 a.m, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Tuesday, July 20, 2010

Ada apa dengan PERKIM UKM?~

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum kami ucapkan kepada sahabat-sahabat yang sudi menjenguk blog kami..


dan tidak dilupakan, selamat datang kami ucapkan kepada adik-adik, kakak-kakak yang baru sahaja menjejakkan kaki ke bumi Universiti Kebangsaan Malaysia yang penuh dengan barakah ini, insyaAllah..


Jangan lupa untuk mendaftar PERKIM UKM ye? ^__^


Banyak aktiviti-aktiviti menarik yang kami sediakan untuk sahabat-sahabat..







Selamat mendaftar..=) tak rugi tau join perkim.. ^__^

Saturday, July 17, 2010

Satu Kisah Benar.. Pengajaran Bagi Yang Mengerti..







KISAH BENAR

Assalamualaikum wrh wbr.......kisah benar.
Sebarkan lah, untuk pengetahuan muslimin dan muslimah.....




Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)


Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya
dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah . Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/==. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampung. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai
masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan
harian,pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000/== setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih di alam persekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan (betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai di kelas ini, bolehkah saya ke rumah cikgu..."



****

Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu. Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-
Mengapa orang Islam sembah kaabah.Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit. Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad. Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan. Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat. Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. Persoalan
ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang kerumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan
ustaz itu. Saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.





****

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta.

Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,"mengapa Johanis....awak mengigau...."

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untuk
dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.


Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu. Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan
mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas. Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .





****

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al- Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwahpun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja.





****

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. Saya sayang emak. saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat
berita........ Ayah saya menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama........Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu....

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.





****

Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,"You apa tahu... Islampun baru setahun jagung....."

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam.
Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.

Apa tauliah awak,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam
sendiri menyulitkan saya. 



****

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah ini
mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang
pura-pura masuk Islam....dan dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu- satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holy Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum,
cari air kolah dari 3 masjid. Baca
Al-Fatihah 1x,Yasin 1x, 3 qul 1x,dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.



****

Pak Syeikh- Moga Allah beri taufik wal hidayah pada umat Islam semua agar saling berganding
bahu membendung ramai melayu Islam menjadi murtad. kalau di barat Pendakwah Islam disana
berjaya menarik Cat Steven memeluk Islam, apakah usaha umat Islam di Malaysia.Biar
banyak Gereja. Kalau mereka tahu akan kebenaran Islam lambat laun gereja tersebut akan kosong jugak
macam dibarat banyak gereja yang kosong,.Alih2 ramai yang masuk Islam dan gereja tersebut bertukar menjadi masjid...
Amin.

wallahua'alam..


Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar daripada kisah ini. Hidup tidak selalunya indah. Semakin kita diuji oleh Allah, ingatlah, Allah masih sayangkan kita. Ujian itu mungkin kerana teguran daripada Allah atas kelalaian kita. Mungkin juga itu ujian untuk menguji kekuatan iman kita. Bersamalah kita bermuhasabah..



Friday, May 21, 2010

Tahniah UKM..~


Konsep Logo: Kontemporari

1. Asas rekaan logo sambutan ke-40 tahun UKM adalah bermotifkan Bunga Raya. Ia dipilih
kerana Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan selaras usaha UKM dalam
memartabatkan keperibadian bangsa. Tiga kelopak yang berwarna merah
melambangkan tiga komponen penting iaitu visi, misi dan falsafah UKM yang menjadi
teras dalam menjana wawasan 2020. Ia juga mencerminkan UKM sebagai pusat
kecemerlangan beorientasikan penyelidikan yang terus maju ke arah menjadi sebuah
universiti yang cemerlang, gemilang dan terbilang di rantau ini dan persada
antarabangsa.

2. Angka 40 yang adalah merujuk ulang tahun ke-40 tahun penubuhan UKM (1970-2010).
Penggunaan warna merah pada angka 40 menggambarkan semangat, kesediaan dan
keupayaan UKM dalam menujah transformasinya sebagai universiti penyelidikan yang
ulung dan unggul di negara ini. Lapan bulatan yang berwarna kuning pada bahagian
atas membawa maksud kecemerlangan yang dicipta bersama-sama lapan tujahan
(niche) UKM sebagai hala tuju universiti iaitu:

i. Jati Diri Kebangsaan, Negara Bangsa, Kepelbagaian Budaya,dan Globalisasi
ii. Pembangunan Lestari Wilayah
iii. Tenaga Keterbaharuan
iv. Teknologi Kesihatan dan Perubatan
v. Perubahan Iklim
vi. Nanoteknologi dan Bahan Termaju
vii. Kepelbagaian Biologi dalam Pembangunan Bioteknologi
viii. ICT Informatik Isian

3. Tema sambutan ke-40 tahun UKM, iaitu ‘Mengilhamkan Harapan, Mencipta Masa
Depan’ diletakkan bersebelahan pada angka 40 bagi menggambarkan semangat gigih,
keteguhan, iltizam serta berdaya saing sepanjang tempoh 40 tahun dalam usaha
merealisasikan matlamat sebagai universiti penyelidikan yang keterhadapan.

4. Abjad UKM adalah singkatan bagi nama Universiti Kebangsaan Malaysia, penggunaan
warna biru pada huruf tersebut adalah menggambarkan kualiti, inovatif dan kreatif jatidiri
warga UKM daripada setiap golongan pelajar, akademik dan pengurusan dalam
membangunkan modal insan ke arah mencapai misi dan visi sebagai universiti
kebangsaan yang terkemuka diperingkat global.

Hasil Ilham: KHALID HASHIM, Pusat penerbitan dan Percetakan, UKM

Sunday, May 2, 2010

Welcome t0 pErkimUkm's bl0g..


بـســم ﷲ الــرّ حــمــن الــرّ حــيــم
  الــسـّـﻼﻡ عــلــيــكـﻡ ورحــمــة ﷲ وبــركــﺎتــه
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi, dapat juga blog Perkim Ukm ini disiapkan. InsyaAllah, blog ini akan di'update' dari semasa ke semasa. Sebarang komen amat dialu-alukan. Syukron. (^__^)

p/s :: blog ini adalah blog baru yang telah dikemaskini. Blog lama sudah tidak digunakan.